Assalamualaikum wbk,

 

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996 (Akta 555). Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri dan MAIS dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecermelangan ilmu. 

 

Pusat Pengajian Teras (PPT) ditubuhkan pada tahun 2013 sebagai salah satu cabang institusi kecermelangan ilmu yang dibangunkan dengan aspirasi memangkin kesepaduan ilmu dalam melakar dan  memperkukuhkan jenama KUIS di persada global. PPT menawarkan pelbagai jenis kursus dalam komponen Wajib MQA, Wajib Universiti dan Wajib Fakulti. Terdapat tiga jabatan utama yang mengerakkan PPT iaitu; 1) Jabatan Kefahaman dan Pemikiran Islam, 2) Jabatan Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan, dan 3) Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan. Selain itu PPT turut dibantu oleh Persatuan Pelajar yang dikenali sebagai i-Teras Club.

 

Di antara program akademia yang dianjurkan oleh PPT adalah Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (PASAK), Seminar Serantau Peradaban dan Pemikiran Islam (RECIT), Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara (PANTuMN), Minggu Aspresiasi Ilmu dan Bakat (MAIB) dan menerbitkan Jurnal berindeks iaitu Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. 

 

Hairol

Dr Hairol Anuar Hj Mak Din
Dekan
Pusat Pengajian Teras
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. 

Pusat Pengajian Teras

Alamat : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA | GPS : 2.891009, 101.788373

Tel : +603.8911.7000 | Faks : +603.8926.8462 | E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (umum) / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (kemasukan) / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (laman web)


Hakcipta © Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor | Paparan terbaik menggunakan browser terkini (desktop dan telefon pintar)

2016 © Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor