Pusat Pengajian Teras (PPT) menawarkan kursus-kursus bertaraf Kursus MPU, Wajib Universiti dan Wajib fakulti.

 

Kursus MPU


Kursus MPU adalah wajib diambil oleh pelajar tempatan dan antarabangsa serta perlu lulus sebagi syarat pengijazahan (Rujuk Surat Pengajian Kementerian Pengajian Tinggi bertarikh 22 Julai 2013, No. Rujukan: JPT/GS1000-606Jld.1(30)). Pelajar wajib ambil dan wajib lulus kursus ini sekurang-kurang Gred C.

Kursus MPU mencakupi empat kumpulan iaitu U1, U2, U3 dan U4. Pelajar wajib mengambil kesemua kursus MPU. Jam kredit untuk kursus MPU sekurang-kurangnya 9 jam kredit untuk program Diploma dan 12 jam kredit untuk Sarjana Muda.

 

Kursus Wajib Universiti

Kursus asas yang ditetapkan oleh universiti serta wajib diambil oleh semua pelajar KUIS yang terdiri daripada komponen Modul Wajib dan Elektif Umum. Kursus ini berstatus wajb lulus sekurang-kurangnya Gred D.

 

Kursus Wajib Fakulti

Kursus teras yang ditetapkan oleh PPT atau kursus yang boleh dipilih dari senarai kursuselektif dari luar PPT yang ditawarkan oleh fakulti lain. Pelajar perlu memilih sekurang-kurangnya 5 subjek bersamaan 10 jam kredit. Pemilihan subjek utama adalah:NBWF1011 asas Al-Quran, NBWF1021 Pengantar Al-Quran dan NBWF1032 Bahasa Kebangsaan. Namun terdapat perbezaan untuk pelajar program tertentu yang dibenarkan untuk memilih hanya 2 subjek bersamaan 4 jam kredit., manakala terdapat program Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam (FPPI) yang dibenarkan mengambil hanya 1 subjek bersamaan 2 jam kredit. Gred lulus bagi kursus ini sekurang-kurangnya Gred D.

2016 © Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor