Ujian penempatan untuk semua pelajar baharu bagi  subjek Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris yang bertujuan untuk:

  1. Menentukan peluang untuk pemindahan kredit.
  2. Memastikan kelancaran P&P di dalam kelas bahasa.
  3. Menentukan tahap penguasaan bahasa dan kemahiran berbahasa.
  4. Menentukan penempatan pelajar (diploma sahaja) mengikut pengkelasan yang dibuat oleh penyelaras APT dan EPT.

 

Secara asasnya, ujian penempatan ini adalah  wajib Kepada Pelajar Baharu KUIS (Diploma & Ijazah). Namun pelajar berikut dikecualikan daripada mengambil EPT:

  1. Diploma Bahasa Inggeris (DELS)
  2. Diploma TESL (Pendidikan)
  3. Ex-Diploma KUIS

 

Manakala pelajar pelajar berikut dikecualikan daripada mengambil APT:

  1. Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua (BASL / BC01)
  2. Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Terjemahan (SMBAT / BC03)
  3. Ex-Diploma KUIS
  4. Sarjana Muda Pendidikan Islam & Multemedia (BE02)

 

Bagi pelajar yang mendapat markah ujian melepasi 75% akan mendapat faedah berikut:

APT = Pemindahan Kredit - 1 tahap Bahasa Arab

EPT = Pemindahan Kredit 1 tahap Bahasa Inggeris

 

Bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda yang baharu mendaftar, layak mendapat pemindahan kredit menggunakan keputusan MUET seperti ketetapan berikut;

  1. 1 tahap _ a) MUET Band 3
  2. 2 tahap _ a) MUET Band 4,5,6

 

Pensetaraan Gred Markah Ujian Malaysian  University English Test (Muet) Kepada Semua Pelajar Baharu Peringkat Ijazah Sarjana Muda.

SKEMA IJAZAH SARJANA MUDA MENGGUNAKAN KEPUTUSAN MUET
BIL MUET BAND MARKAH GRED PENILAIAN
1

BAND 6

(Very good user)

90-100 A+

Pelajar layak membuat pemindahan kredit bagi kursus-kursus berikut:

1) NBWU 1032 Academic Reading Skills

 Dan

5) NBWU 1042 Academic Writing Skills

2

BAND 5

(Good user)

80-89 A
3

BAND 4

(Competent user)

65-69 B
4

BAND 3

(Modest user)

50-54 C-

Pelajar layak membuat pemindahan  kredit bagi kursus berikut:

1) NBWU 1032 Academic Reading Skills

5

BAND 2

(Limited user)

Pelajar WAJIB menduduki ujian penempatan bahasa Inggeris (EPT). Pemindahan kredit adalah berdasarkan keputusan EPT.

6

BAND 1

(Extremely limited user)

 

Pensetaraan Gred Markah Arabic Placement Test (Apt) & English Placement Test (Ept)

SKEMA DIPLOMA & IJAZAH SARJANA MUDA
BIL MARKAH/GRED NILAI GRED PENILAIAN
1 90-100 A+ 4.00

Pelajar layak memindahkan kredit bagi SALAH SATU dari kursus-kursus berikut:

Bahasa Inggeris:

1) NDWU 1012  English I  (peringkat Diploma)

2) NBWU 1032 Academic Reading Skills (peringkat Ijazah Sarjana Muda)

 Bahasa Arab (Peringkat Diploma):

1)NDWU 1022 Al Arabiah Al-Asasiyyah I

Atau

2)NDWU1032 Al Arabiah Li Dirasat Islamiyyah I

Bahasa Arab (Peringkat Ijazah Sarjana Muda)

1) NBWU 1012 Al Lughah Al Arabiah I

Atau

2) NBWU 1022 Al Arabiah Al A’liyah Li Dirasat Islamiyyah I

2 80-89 A 4.00
3 75-79 A- 3.75
2016 © Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor